“Moga Allah beri kekuatan kepada ust Ebit Lew…” – PU Azman
Kita sedia maklum baru-baru ini kecoh diperkatakan apabila terdapat beberapa pihak yang seakan tidak berpuas hati dengan kerja khidmat yang dilakukan oleh ustaz Ebit Lew.
Sehingga membuatkan pendakwah berbangsa Cina itu membuat satu permohonan maaf di laman Facebooknya berikutan isu tersebut
Sementara itu, kecaman yang diterima ustaz Ebit mendapat perhatian Pencetus Ummah Azman atau lebih mesra dipanggil sebagai Cik Man.
Di dalam entri di Instagram Cik Man, beliau selaku rakan seperjuangan dalam dunia dakwah ini telah memberikan kata-kata semangat buat ustaz Ebit Lew yang diduga dengan pelbagai kecaman.